Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira 3 petang.<br />Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Feb (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin.<br />Fasa pertama ini akan berlangsung sehingga April.